Tuesday, December 17, 2019

PENGENALAN


ASBABUN NUZUL


Surah Al-Balad terdiri dari 20 ayat. Kata Al-Balad yang bererti "Negeri" diambil dari ayat pertama. Surah ini adalah surah Makkiyyah yakni turun sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah. Hampir semua pakar tafsir menegaskan hal tersebut. Namanya dalam Shahih Al-Bukhari adalah surah La Uqsimu seperti bunyi kalimah pertamanya. Ada juga yang menamainya surah Al-Balad.

Surah ini mengandungi isyarat tentang kedudukan mulia kota Makkah sekaligus menjelaskan bahawa manusia diciptakan dengan kudrat serta potensi menghadapi serba kesulitan sejak ia dilahirkan hingga sampai ke liang lahat dan kenyataan tersebut mengharuskannya selalu siap berjuang menghadapi berbagai tentangan. Salah satu bentuk perjuangan mengangkat taraf hidup orang-orang yang lemah seperti anak-anak yatim.

Tujuan utama surah ini menurut Al-Biqa'i adalah membuktikan betapa manusia sangat lemah dan bahawa kuasa dan kekuatan hanya dimiliki oleh Allah SWT. Pada surah ini juga menurutnya diuraikan keresahan dan kesedihan manusia serta sebab yang menghantarnya ke sana, baik ia suka atau tidak sambil menjelaskan cara untuk mengatasi keresahan itu.

Namanya Al-Balad yang menunjukkan Kota makkah, mengisyaratkan hal itu. Siapa yang memerhatikan rasa aman yang dinikmati penduduk Makkah dan rezeki serta kesejahteraan yang melimpah disana. Padahal peringkat awalnya ia adalah sebuah negeri yang gersang berbeza dari negeri lain yang lebih kaya dan kuat. Sesiapa yang memerhatikan hal tersebut akan menyedari tujuan utama huraian dari surah ini.

AYAT 1


Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
(Al-Balad 90:1)


Surah ini dimulakan dengan sumpah. Banyak surah yang dimulakan dengan sumpah. Ia menandakan selepas daripada sumpah itu, Allah ingin menyampaikan perkara yang sangat penting.

Allah bersumpah dengan 'al-Balad' yang merujuk kepada Makkah. Ini menunjukkan bahawa tanah Makkah merupakan tanah yang mulia dan diberkati Allah. Ia juga dikenali dengan tanah haram yang memberi erti bahawa banyak perkara tidak boleh dilakukan ketika berada dalam tanah haram. Antaranya mencabut tumbuhannya, membawa balik sesuatu yang menjadi milik tanah haram seperti tanah dan batunya.
Allah cintakan Mekah dan kerana itulah Allah bersumpah dengan Negeri Makkah. Baitillah (Rumah Allah) berada di Makkah iaitu Ka'bah. Ianya adalah tempat yang amat istimewa. Ianya adalah tempat dibangkitkan Rasul dan Nabi yang terakhir dan disitulah juga diturunkan Al-Quran yang Agung.

Makkah adalah satu negeri penduduk didalamnya dalam keadaan susah kerana hendak mempertahankan agamanya. Ini adalah ujian dari Allah. Begitulah yang terjadi kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w. Ini mengajar kita bahawa bukan mudah untuk menegakkan dan mengamalkan agama.

Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, maka Allah naikkan martabat sesuatu yang digunakan sebagai sumpah itu. Dan memang Makkah adalah tempat yang penuh barakah. Nabi Ibrahim telah berdoa kepada Allah untuk memberkati negeri Makkah itu. Allah telah makbulkan doa baginda.

AYAT 2

Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
(Al-Balad 90:2)

Ayat ini merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w bertujuan untuk memuliakan Rasulullah s.a.w yang dilahirkan di tanah yang mulia dan dilantik sebagai nabi terakhir di tanah yang mulia ini.

Ayat ini juga menceritakan penderitaan dan kesedihan yang dialami oleh Rasulullah s.a.w di negeri kelahirannya sendiri sehingga seolah-olah Rasulullah s.a.w diharamkan menikmati kebahagiaan  dan kesenangan di Makkah oleh kafir Quraisy.

AYAT 3

Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya ;
(Al-Balad 90:3)


AYAT 4

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
(Al-Balad 90:4)

Allah ingin menekankan dalam ayat ini bahawa manusia sentiasa dalam keadaan kesusahan, sama ada dari segi jasmani dan rohani. Antara kesusahan yang dialami manusia ialah susah menyara kehidupan. susah melahirkan anak, susah mencari harta benda, susah beramal kebajikan dan lain-lainnya. Kesusahan fizikal yang berlaku biasanya membawa kepada kesusahan kepada rohani juga.

AYAT 5

Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
(Al-Balad 90:5)

AYAT 6


AYAT 7


AYAT 8


AYAT 9


AYAT 10


AYAT 11


AYAT 12


AYAT 13

(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah : memerdekakan hamba abdi;
(Al-Balad 90:13)

Imam Ahmad meriwayatkan dari Sa'id bi Mirjanah bahawasanya dia pernah mendengar Abu Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang memerdekakan budak wanita yang beriman, maka Allah akan membebaskan dari setiap anggota tubuh orang yang membebaskan dari api neraka sehingga dia dapat membebaskan tangannya dengan tangan (budak dari perbudakan), kaki dan tangan dan kemaluandengan kemaluan."

Kemudian 'Ali bin al-Husain bertanya :"Engkau mendengar langsung hal tersebut dari Abu Hurairah?" Sa'id menjawab : "Ya." Lebih lanjut 'Ali bin al-Husain berkata kepada salah satu puteranya yang paling cerdas, "Panggil Mithraf." Setelah Mithraf hadir dihadapannya, maka 'Ali berkata, "Pergilah, engkau sekarang bebas kerana Allah." Hadits ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan an-Nasa'i. Dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa anak muda yang dimerdekakan oleh 'Ali bin al-Husain adalah Zainal 'Abidin, yang juga diberi wang 10,000 dirham.

AYAT 14


AYAT 15


AYAT 16


AYAT 17


AYAT 18

(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerkajan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
(Al-Balad 90:18)

Monday, December 16, 2019

AYAT 19

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.
(Al-Balad 19)

Sunday, December 15, 2019

AYAT 20

Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya)
(Al- Balad 90:20)


Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Mereka tidak akan ada peluang untuk keluar daripada neraka lagi. Ini kerana Neraka itu ditutup dengan serapat-rapatnya. Tidak akan dapat keluar untuk lari.
Dan Allah hendak kita membayangkan betapa panasnya dalam neraka itu, kerana ianya tertutup. Api yang besar, tapi tertutup pula. Macam sekarang, kalau kita lihat kepada pressure cooker, ianya amat panas kerana tidak ada lubang langsung, jadi api itu menjadi lebih panas dari biasa.

Allah memberi peluang kepada mereka untuk susah di dunia ini supaya nanti mereka akan senang di akhirat kelak. Tapi kalau mereka tidak mahu, mereka akan merasai susah yang amat susah di akhirat kelak. Susah di neraka tidak sama dengan susah di dunia. Susah di dunia masih boleh lagi ditahan, tapi kita tidak akan mampu untuk melayan susah di neraka kelak.

PENGAJARAN


Allah mengurniakan hartabenda kepada manusia sebagai amanah untuk diuruskan dengan sebaiknya menurut syarak kerana ia akan disoal dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan.

Hargai anggota tubuh badan yang dikurniakan Allah dengan mentaatiNya, bukan mengingkariNya.

Allah yang bersifat Maha Adil telah menyediakan dua jalan untuk kita lalui atas muka bumi ini dan jalan yang kita pilih itu akan menentukan sama ada kita dibalas syurga atau neraka.