Tuesday, December 17, 2019

AYAT 1


Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
(Al-Balad 90:1)


Surah ini dimulakan dengan sumpah. Banyak surah yang dimulakan dengan sumpah. Ia menandakan selepas daripada sumpah itu, Allah ingin menyampaikan perkara yang sangat penting.

Allah bersumpah dengan 'al-Balad' yang merujuk kepada Makkah. Ini menunjukkan bahawa tanah Makkah merupakan tanah yang mulia dan diberkati Allah. Ia juga dikenali dengan tanah haram yang memberi erti bahawa banyak perkara tidak boleh dilakukan ketika berada dalam tanah haram. Antaranya mencabut tumbuhannya, membawa balik sesuatu yang menjadi milik tanah haram seperti tanah dan batunya.
Allah cintakan Mekah dan kerana itulah Allah bersumpah dengan Negeri Makkah. Baitillah (Rumah Allah) berada di Makkah iaitu Ka'bah. Ianya adalah tempat yang amat istimewa. Ianya adalah tempat dibangkitkan Rasul dan Nabi yang terakhir dan disitulah juga diturunkan Al-Quran yang Agung.

Makkah adalah satu negeri penduduk didalamnya dalam keadaan susah kerana hendak mempertahankan agamanya. Ini adalah ujian dari Allah. Begitulah yang terjadi kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w. Ini mengajar kita bahawa bukan mudah untuk menegakkan dan mengamalkan agama.

Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, maka Allah naikkan martabat sesuatu yang digunakan sebagai sumpah itu. Dan memang Makkah adalah tempat yang penuh barakah. Nabi Ibrahim telah berdoa kepada Allah untuk memberkati negeri Makkah itu. Allah telah makbulkan doa baginda.

No comments:

Post a Comment