Sunday, December 15, 2019

AYAT 20

Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya)
(Al- Balad 90:20)


Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Mereka tidak akan ada peluang untuk keluar daripada neraka lagi. Ini kerana Neraka itu ditutup dengan serapat-rapatnya. Tidak akan dapat keluar untuk lari.
Dan Allah hendak kita membayangkan betapa panasnya dalam neraka itu, kerana ianya tertutup. Api yang besar, tapi tertutup pula. Macam sekarang, kalau kita lihat kepada pressure cooker, ianya amat panas kerana tidak ada lubang langsung, jadi api itu menjadi lebih panas dari biasa.

Allah memberi peluang kepada mereka untuk susah di dunia ini supaya nanti mereka akan senang di akhirat kelak. Tapi kalau mereka tidak mahu, mereka akan merasai susah yang amat susah di akhirat kelak. Susah di neraka tidak sama dengan susah di dunia. Susah di dunia masih boleh lagi ditahan, tapi kita tidak akan mampu untuk melayan susah di neraka kelak.

No comments:

Post a Comment